*

siapa YANIE? ツ

My photo
Kluang, Johor, Malaysia
ツ nursuriani sulaiman | ツ 14tahun | ツ SSAJ | ツ already taken by some one | ツ happy go lucky | ツ hate stalkers | ツ dun try to make trouble wiff me | syg ama ,muhammad syarully syaffik <3

Saturday, September 24, 2011




Wahai Rasul, ceritakanlah kepada kami bangunan di syurga.” Nabi berkata, “batu batanya dari emas, batu batanya dari perak dan tanah liatnya dari kasturi yang amat wangi…dan kerikilnya dari mutiara” (HR Tarmizi dan Ahmad)

Mari bayangkan, yang melekatkan antara emas dan perak untuk membina istana di syurga ialah minyak kasturi. Di mana kasturi itu adalah minyak kasturi syurga yang tak bisa dibandingkan dengan mana-mana minyak wangi dunia. Buatan syurga. Itulah tanah liat syurga yang dibuat dari kasturi. Maka bayangkanlah bau istanamu di syurga. Bagaimana baunya?

Bayangkan lagi, saat melihat langit-langit rumah kita, kita melihat arasy Ar-rahman! Apa yang kita inginkan setelah ini? Masihkah kita mengiginkan dunia? Masihkah dunia memenuhi pandangan mata? sehingga kita tak mampu bertaubat, tak mampu menundukkan pandangan, tak mampu memakai hijab, tak mampu melakukan solat di masjid?

Di syurga, terdapat pohon yang memerlukan masa seratus tahun untuk mengitari kerendangannya. Jadi berapa luas syurga? Bayangkan kalau kita ingin berekreasi di syurga, berapa ribu tahun yang akan kita habiskan untuk mengelilingi syurga? Bayangkan pemandangan alam di syurga. Jika satu pohon saja memerlukan seratus tahun untuk dikelilingi, lalu bagaimana rekreasi di syurga, berapa tahun yang kita akan habiskan? SubhanAllah…

Wahai yang mencari kebahagiaan, di dunia tidak ada kebahagiaan, tidak ada kebahagiaan sempurna di dunia. Jadilah manusia cerdik dan renungkanlah baik-baik!

Allah berfirman, “sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka

Di syurga, kita akan menemukan kenikmatan-kenikmatan baru yang kita sendiri tidak pernah mengetahuinya.  Nabi bersabda dalam sebuah hadis qudsi, “Allah berfirman, Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh, apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar, dan apa yang tidak terdetik dalam hati manusia.” (HR Bukhari dan Muslim)

Bayangkan! Keindahan yang bagaimana lagi yang belum pernah dilihat oleh mata kita? Sementara di dunia ini lagi manusia sibuk menghabiskan banyak harta untuk berlibur di tempat-tempat yang cantik jadi bayangkanlah kecantikan syurga.

Aku telah mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar…" Apa yang kita dengar dari sederet kalimat yang begitu indah ini..? Apakah sama perasaannya ketika mendegar lagu kesukaan kita? Apa perasaan kita saat mendengar nabi berkata di kedua telinga kita? Apa yang kita dengar saat Allah berbicara dengan kita??

Sekarang, bayangkanlah syurga, walau macam mana skali pun bayangan kita, syurga tetap lebih indah!

Perhatikan sabda Nabi s.a.w., “satu penyeru yang menyeru.. Sesungguhnya bagi kalian keselamatan, dan kalian tidak akan pernah sakit, bagi kalian kehidupan dan kalian tidak akan pernah mati, dan bagi kalian kemudaan, dan kalian tidak akan pernah menjadi tua.”

Jadi apa masalah kita? Kita melakukan solat, tapi ada juga meninggalkannya. Meremehkannya. Mengapa? Adakah kita lupa itu adalah syurga? Atau mungkin kita berkata, “ Aku tidak mampu bertaubat.. aku tahu, tapi aku tak mampu meninggalkan maksiat..” Mengapa?

Bukankah kerinduan pada syurga mendorong kita bertaubat? bukankah kerinduan pada syurga mendorong kita berbuat baik, dan meninggalkan maksiat? Dimana kerinduan kita pada syurga?

Jika kita merasa tidak mampu melawan maksiat, maka impikanlah syurga. Walaupun sedikit. Katakanlah pada diri kita, “Adakah aku rela kehilangan syurga??”

Nabi bersabda “sesungguhnya sejengkal tempat di syurga atau selebar tapak kaki disana adalah lebih baik dari dunia beserta isinya”. Jika kita memiliki bahagian di syurga sebesar itu, maka itu lebih baik dari dunia dan segala isinya! Apa lagi yang kita mahu?

Dalam sabdanya lagi, “Pada hari kiamat didatangkan penduduk bumi yang paling bahagia, dan dia adalah penduduk neraka. Lalu dibenamkan sekali benaman ke dalam neraka, dan dia ditanya, “ Pernahkah kau melihat kenikmatan?” Ia menjawap, “Tidak, aku tidak pernah melihat kenikmatan sama sekali”. Dan didatangkan penduduk bumi yang paling sengsara ketika didunia dan dia merupakan penduduk syurga lalu ditanya, “ pernahkah kau melihat kesengsaraan?” ia menjawap, “Tidak, demi Allah, wahai Tuhanku, aku sama sekali belum pernah melihat kesengsaraan” (HR Muslim dan Ahmad)
Mengapa kita masih tidak memimpikan syurga? Mengapa impian utama kita bukan syurga? Apa yang kita inginkan? Kita menginginkan cinta? Demi Allah, kita tidak akan mendapatkannya di dunia. Kita akan ditinggalkan cinta.

Allah berfirman, “Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) secara langsung. Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya" (Al-waqi’ah: 35-37)

Ibnu Qayyim berkata, Jika ia memasuki syurga- yakni wanita penghuni syurga  dari kalangan wanita dunia- segala sesuatu di syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga ia lupa pada syurga, dan terpaut pada isterinya.

Jadi wahai manusia yang mencari cinta, yang melakukan ribuan kemaksiatan dengan mengatasnamakan cinta, yang melantarkan keimanan dan hati yang tersambung dengan Allah, kerana syahwat cinta yang sebentar… carilah cinta di syurga.

hati mereka berada dalam hati yang satu, mereka tiada berselisih, dan tiada saling membenci”  (HR Bukhari dan Muslim)

Sekarang, tanya lah pada diri kita, apa impian kita yang utama? Siapa yang akan menjawap, 

“Impianku syurga, aku ingin masuk syurga, dan ini impian hidupku. Aku hidup untuk itu, masuk syurga.”


Dipetik dan diolah dari buku Hati Sebening Mata Air, karya Amru Khalid. 

No comments:

Post a Comment


*